July 13, 2013

Jangan Mengharap Balasan Dari Orang Lain Sangat

Assalamualaikum b.t.w

wee..semalam aku keluar mencari sedikit kuih muih untuk juadah berbuka puasa aku bersama family.. in case aku keluar rumah dalam pukul 6. agak awal sedikit..sebabnya member aku nie bila diajak keluar punya lah banyak soal. almost 6.25 aku gerak bazar dalam perjalanan aku ke bazar aku banyak juga borak dengan dia maklumla kami susah sikit nak berjumpa. tenggah-tengah berborak tu member aku nie boleh tanya aku kau nie berpuasa ke tidak?..haa 'puasa la doew , berpuasa tidak semestinya tak boleh cakap banyak'..haha 

sampai je kat bazar, mashaAllah ramainya manusia berkerumuni kat bazar nie..aku tanpa berlengah berlari lari anak memilih juadah untuk berbuka mana lah tahu kot-kot makanan yang aku idamkan habis nanti kempunan la pulak.
"dyeorang duk bercakap pasal
 jiranya, dengar-dengar jiranya
 tak balas balik
 juadah berbuka"

setelah penat pusing-pusing bazar aku berehat kat satu port yang mana tempat orang lepak-lepak sambil menungu masuknya waktu berbuka..aku dan member aku duk lah kat situ dalam 10 minit..cuci-cuci mata melihat manusia yang kelaparan..yang penuh sepuluh jari bungkusan plastik ada, siap ada yang bawa bakul untuk letak juadah yang dibelina pon wujud weh..dasyat penangan Ramadhan ini..beruntunglah peniaga..yelah bulan ramadhan kan bulan rezki terutamanya bt peniaga nie.

dalam sebok-sebok aku cuci mata aku terdengar perbualan seorang makcik dengan anak dia kot..rasanyalah..sebok je kau fizi..semua kau nak dengar..dyeorang duk bercakap pasal jiranya, dengar-dengar jiranya tak balas balik juadah berbuka.
gambar tidak ada kene mengena dengan entri aku,tapi korang boleh cuba berbuka kat restoran ini..area Gong Badak, Terengganu.
manusia nie kan suka sangat mengharap balas kasih dari orang lain. anyways bertukar-tukar juadah ketika dibulan puasa sudah menjadi perkara biasa bagi orang yang berjiran nie..in case kalau jiran kita tak membalas pemberian tu tak mengapa cuma kita sebagai orang yang tahu adat dan mengigati jiran seharusya tidak perlu ada sikap mengharapkan balasan dari orang lain atau jiran kita..mungkin ia boleh menjadi perbuatan yang tidak ikhlas dan sia-sia.

aku lebih suka kalau kita bersikap terbuka..tak kisah lah nak balas atau tidak yang penting aku dapat menyumbang sedikit juadah untuk berbuka kepada mereka dengan tindakan itu dapat lagi menguatkan hubungan kejiranan.  :)




Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net