July 22, 2013

Hargailah Pemberian Ibu Bapa Kita

Assalamualaikum b.t.w

Enti aku agak sentimental sikit..sambil-sambil dengar lagu sedih tercipta sebuah entri yang tak seberapa ini..sudilah membaca.

Haa, susah nak menjangka kehendak dan kemahuan seseorang kalau kita tidak mengenali terlebih dahulu..tapi sebaliknya bagi pemberian ibubapa  kat anak-anaknya..sudah pasti kesukaan anak-anak tidak menjadi masalah bagi ibu bapa memberikan sesuatu..tak kiralah sebagai hadiah atau sebagai keperluan kepada anak-anak.

Tetapi bagaimana dengan anak-anak yang tidak menghargai pemberian ibu bapa yang penat lelah untuk mendapatkannya..kalau keluarga yang datang dari keturunan berada rasanya tidak menjadi masalah..tapi bagaimana dengan keluaraga yang harus menbanting tulang empat kerat semata-mata untuk memuaskan dan melunaskan tanggunjawab sebagai ibu bapa.

Sedarlah wahai anak-anak..tolong lah hargai pemberian ibu bapa walau kau rasa kau mampu mendapat yang lebih baik atau rasa tidak berkenang dihati..tahu tak betapa kecewanya ibu bapa kiranya pemberian tidak dihargai luluh hati si ibu bapa yang mendapatkan setelah dibalas dengan perangai yang tidak pernah bersyukur itu.

"Anak yang baik tidak akan pernah merungut akan pemberian sebaliknya terima seadanya agar hati mereka tidak terguris dengan sikiap kita."

"Berterima kasih akan pemberian atau hadiah yang diterima..hargainya dengan menunjukan kesukaan kita terhadap pemberian itu."

"Kalau rasa pemberian itu tidak berkenan dihati  jangan simpan dalam almari atau mana-mana tempat sebaliknya pakai atau gunakan dihadapan mereka."

"Nasihatkan atau cakap dengan lemah lembut kepada ibu bapa supaya tidak usah diberikan lagi..cakap lah yang barangan yang sebelum ini masih elok atau masih banyak."

Aku menulis kerana aku perihatin terhadap apa yang berlaku disekitar aku. Orang merasa perkara sebegitu cukup simple tanpa memikirkan perasaan orang lain sebaliknya sangat menguris perasaan mereka yang memberi sekiranya pemberian tidak dihargai.

Moga kita menjadi anak yang perihatin terhadap sensitiviti perasan ibu bapa. Orang tua nie semakin bertambah usianya semakin manja dan hatinya mudah terguris dengan kata-kata atau perbuatan so, tolong memikirkan perasaan orang lain juga…J



Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net