July 19, 2013

Apa Yang Aku Rasa

Assalamualaikum b.t.w

Hari minggu yang sangat dasyat dalam bulan ramadhan ini..Masha Allah..penatnya..tapi kena juga harungi minggu-minggu sebegini. walaupun aku nie dalam mood holiday tapi kerja-kerja harian tidak terlepas dari tanggunjawab aku sebagai manusia merangkat seorang anak dalam kalangan keluarga yang riuh rendah okey.

pepagi lagi aku bersiap-siap bagai bapak orang untuk ke pasar basah..sory lah aku tak terfikir pulak nak ambil gambar pepagi hari..plus ayah aku kerja tak menentu jadi aku lah yang mengambil alih tanggunjawab tu. with myUmmi..tapi aku lebih selesa panggil MIE..aku gerak ke pasar awal sebabnya lepas balik nak kena singgah lagi satu tempat lagi..

solat jumaat..masa duk dengar kutbah jumaat..sambil dengar kutbah..aku pun terfikir..perkara lain..bukan aku tak ambil kisah pasal kutbah jumaat...cuma dia tak der kawan ke?(iklan TM..tak pasal je)..Cuma kekadang bila dengar kutbah boleh buat aku mengantuk..terok kan. dalam aku duk berfikir tu..aku menyimpul beberapa hikmah yang aku dapat sepanjang berada dibulan puasa nie.

"Alhamdulliah..aku rasa 'ringan tulang' nak membantu mie aku membersih rumah serta menyediakan juadah berbuka..plus daripada aku tidur je memanjang..buat makruh puasa baik aku buat kerja cam gitu.. kalau hari-hari biasa bukan aku tak rajin Cuma masa yang singkat..tapi semenjak mengambil ijazah nie holiday dia banyak pulak kan..semesta break weh.."

"Malas nak keluar rumah..sebabnya nak save energy..haha..sangup pulak jadi kera sumbang..anyways orang lama-lama cakap berkawan biar seribu, musuh jangan sesekali..tak keluar takder jadi masalah besar pun.."

"Rasa bertamabah rajin nak berblogwalking pon hado..ini pun sedikit sebanyak membantu aku melawat rakan-rakan blogger..bila dah berpuasa nie..banyak pula waktu kan..selain waktu untuk beribadah.
Walaupun aku jarang-jarang update blog..tapi semangat untuk baca entri baru dari kekawan blogger tetap berkobar-kobar okey"..sebenarnya takder idea nak update blog..haha


Apa pun diharap bulan mulia ini dapat lah aku manfaatkan sebaik mungkin dengan melakukan pekara yang lebih berfaedah dan membawa kebaikan serta kemajuan dalam diri aku..:)
Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net