July 16, 2013

Aku Motivated Kawan Perempuan..Apa ke hal nya

Assalamualaikum b.t.w

Alkisahnya aku punya kawan katanya nak berubah, berubah kearah kebaikan la kot..gegirl lak tu..dia nie pada pandangan aku cam kawan perempuan aku yang lain..cam biasa-biasa jugak..cuma mungkin dia nie nak berubah kearah yang lebih baik. aku sokong sangat.

bukan mudah orang luar dari family aku cakap nak berubah dan minta pendapat aku serta nasihat. plus aku nie bukan nya yang suka nasihat menasihati tambah-tambah lagi yang terlalu serius..biasa-biasa je lagi pun aku sendiri tak betul lagi. ting-tong..tapi bila ada member-member nak mintak pandangan, nasihat, atau apa-apa boleh je aku nak basuh..tengok pada si penerima la kan..kalau dah dia yang mintak pandangan no hal bagi aku..
gambar agak bercanggah..sila abaikan
aku chat dengan dia nie kat sejam jugak..memulanya dia yang tanya aku apa pandangan aku kalau dia nak berubah kearah yang lebih baik..katanya dia nak pakai tudung yang lebih labuh, tapi malu dengan kawan-kawan dia..orang kampung..aku pelik kenapa nak malu.."kau kan memang dah berhijab..apa yang nak dimalukan..kalau nak pakai yang lebih labuh pakai je lah..buat apa nak dimalukan..daripada kau malu dengan orang sekeliling kau..baik kau malu dengan Allah.."

berubah nie bukan seperti sekejap pakai baju kurung..sekejap pakai t-shirt..sekejap berhijab..sekejap free hair..apa ke jadahnya..bila dah pasang niat nak berubah..biarlah betol-betol dan bersungguh-sungguh..taknak la hangat-hangat tahi ayam.tak mo lah camtu.

"berdoalah kearah kebaikan..berdoa bersungguh-sungguh  mintak dibuka pintu hati supaya dapat berubah seiring kehendak diri. tambah-tambah lagi kita berada di bulan Ramadhan kareem yang mulia..mudah sangatlah nak berubah..slowly pun takper..asal ada perubahan.."

"bergaul dengan orang-orang yang baik..in sha Allah kita pon turut terikut untuk menjadi baik..apatah lagi bergaul dengan orang yang berhijab labuh.. bagi yang pempuan la..yang lelaki tu cari la member yang selalu pergi masjid ke (buat contoh)..boleh melekat bau minyak wangi..tak nak ke.."

"banyakkan mambaca buku-buku yang boleh memberi semangat dan inspirasi serta ilmiah kat diri korang..bila korang baca tentang perubahan orang lain yang dah berjaya..kita akan rasa tertarik untuk terikut-ikut cara hidup orang yang berjaya..banyak motivated yang kita dapat kat situ."

"kurangkan bergaul dengan bukan muhrim..maksudnya jangalah kau selalu-selalu duk hang out bersama bukan muhrim..aku tak cakap jangan..tapi kurangkan..memulanya kalau nak berubah tak kan mendadak berubahkan ..pelan-pelan kayuh la kan.."

"lapangkan dada..luaskan fikiran..dengar nasihat dari kekawan, banyakan mendengar ceramah-ceramah motivasi...tak susah pun...kalau malas nak keluar dengar ceramah..kat intenet nie banyak ceramah.."

dan yang penting berubah lah kerana Allah s.w.t dari mana kita datang disitu juga lah kita kembali..sebaik-baik manusia adalah manusia yang berubah kejalan Allah..  :)




Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net