June 25, 2013

Lelaki Tidak Perlu Sambung Belajar Sampai Tahap Setinggi Tingginya?

Assalamualaikum b.t.w

Ada yang mengatakan  lelaki tidak perlu sambung belajar sampai tahap setinggi tingginya? amboi kolotnya pemikiran kau.kenapa weh? aku pon lelaki sentap tau..! agak-agak la kalau nak cakap begitu weh..agaknya apa yang difikirkan oleh orang- orang begini? Adakah sebab persaingan pekerjaan sehingga meletakan kekuatan untuk bekerja di usia muda atau kekangan hidup.
image Google
bagi aku setiap yang berlaku ada hikmah nya. sememangnya tak ada bezanya kau bijak pandai excellent waktu sekolah tetapi susah nak dapat pekerjaan dengan kebolehan diri dengan kes kau yang kurang cerdik lampi sekalipun tetapi kalau rezki dah terhidang dihadapan mata why not? dan akhirnya kedua dua nya bakal mempunya pekerjaan.

kat sini aku faktor kan beberapa kes yang disabitkan dengan entry aku kali ini. ceh wah.. 

"Belom sampai rezki untuk berkerja lagi ada peluang sambung belajar, belajar dulu."

"lagi pun bukan ramai lelaki yang nak sambung belajar setinggi gunung, jadi peluang yang terhidang buat lelaki yang mencintai ilmu diambil sepenuhnya. right?"

"Tanggungjawab lelaki lebih besar dari pempuan doew.. hurmm fikirkan.."

"Belajar tinggi- tinggi, jawat jawatan bergaji besar itu yang lelaki nak..sebab korang tengok la game kanak-kanak sekarang nie sume dalam tablet... ini sekarang belum cakap pasal masa hadapan lagi..hurmmm"

"Faktor corak keluarga. why? tentulah nak mengekalkan identiti keluarga yang berpendidikan dan berkerjaya baru dipandang keluarga kelas A.."

"nak kawen sekarang nie pon bukan kemain hantaran seribu serba satu..itu hantaran belum mas kawen lagi..Than kalau dapat parent pasangan yang tak berapa kisah mengenai bayaran semua nih tak apa la kan tapi kalau dapat yang macam nak jual anak bagaimana?"

itu semua pandapat peribadi aku mengenai isu-isu yang tak patut disuarakan bagi kaum lelaki yang tengah belajar atau yang nak sambung belajar. Tidak perlulah kita jadi antara sebilangan manusia yang membataskan semangat bagi orang-orang yang bercita-cita tinggi semata-mata nak menyamakan tahap ilmuan atau kata lain "kita geng la" atau "sama-sama kelaut".

ibu bapa terutamanya perlu bijak menilai baik buruk masa depan anak-anak, jangan disebabkan masalah yang berlaku ketika zaman 'kegemilangan' mereka diulangi pada anak-anak anda. 

Thank's sebab berkunjung dan membaca..Apa pendapat korang pula mengenai Tajuk entry ini  :)













Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net