May 7, 2013

Tarikh yang tidak akan aku lupa | 6.5.13

Assalamualaikum

Rasa macam dah lama sangat tak update blog aku nie kan..Lepas dapat tahu Rabu minggu lepas dah tak der kelas pepagi  lagi lepas subuh tu aku terus cabut balik kampung sesorang diri.Untuk pertamakalinya terus terang aku cakap aku nie tak tahu sangat pasal makanan kat Mcd..so konon nye nak sarapan Mcd dengan Drive thru la tetiba je yang aku order dye cakap..maaf takada..punya bongok aku pergi order Double cheer  Burger pepagi..lepas tu aku tanya apa yang ada..dye pun ^%#*3!*(#*...Glupp..apa yang dye cakap nie...harr aku tak boleh nak bayangkan makanan yang dye cakappppp..harr..Aku pun menbalas dengan senyuman dengan muka blur..dan cakap takper ahh lain kali..hahaah Arr bongoknye aku.

Sebenarnya aku balik sebab nak menjalankan tanggunjawab sebagai rakyat Malaysia..semangat sehh..bukan selalukan lima tahun sekali..lagi pun ini kali pertama aku menggundi..tak tahu kenapa sangat teruja..weh..tapi aku rasa semua yang pertama kali menggundi pun teruja gak.heheh..sebabnya aku tengok ramai anak muda turun menggundi..ini kat tempat aku la..bagus dyeorang nie semangat..semangat..korang jangan ingat manggundi tu suka suka.. bila dah tanggunjawab sama jugak dengan amanah bila dah amanah..korang fikirlah pulak ye..hehe

Dan semalam habis lah cuti aku. waktu untuk kemas barang dan kembali seperti sedia kala..apa lagi balik Hostel la..perjalanan yang tak disangka- sangka akan berlaku kat diri aku sepanjang aku hidup..iaitu berlaku perlanggaran di atas jambatan sultan Mahmmud kira -kira jam 7.30 p.m something..owhh semakin rancak cerita aku nie. Aku bertolak dari kampung selepas asar..agak kelewatan perjalanan aku..ini tak biasa sebab selalu aku gerak jam 3000 p.m. dan tiba tiba hati ini nak gerak lewat sikit..lepas tu bila dah sampai k.Terengganu selalunya lepas dari Trafik Light aku akan mengambil lorong dihadapan Pasar Raya Sabasun..tapi tidak seperti biasa aku rasa nak ikut jalan yang satu lagi berdekatan MyDin Mall K. Terengganu..ok tiba dekat Trafik Light..aku pun teruskan perjalanan aku seperti biasa la..melalui jambatan Sultan Mahmmud..dan tiba-tiba aku kereta kat hadapan aku break secara mengejut..ah sudah dah kenapa..kereta aku dah dekat so untuk mengelak dari merempuh aku pun main-mainkan steering kereta dan break..ok selamat..nasib baik tak kena..hati aku berkata..lepas tu pula tak sampai beberapa saat je aku lepas break kereta dari arah belakang aku merempuh kereta aku..tak pasal-pasal je kereta kesanyangan aku tercium kereta yang sempat aku ngelak td..lima dentuman dari belakang dan dua dihadapan aku Ya Allah..apa nie..keluar ja dari kereta aku tengok lapan buah kereta dah berhimpit-himpit..kesemua yang mengalami kemalangan sebanyak lapan buah kereta kereta kat hadapan waja, wira arobek, kereta aku, myvi, kancil,saga FL,toyota ape tah,dan belakang sekali yang menyebabkan dentuman dan hentakan pada semua kereta ialah kereta Avanza..pertama kali dalam hidup aku..biasa kes-kes cam gini aku tengok kat tv je..selepas je crash aku rasa bagai tersedar dari mimpi.. sunguh aku tak sangka akan berlaku kat diri aku..syukur Allhamdulliah tak ada nyawa yang melayang semua selamat tapi apa kan daya "Malang tak berbau' ..

kereta saga putih tu aku nyer..depan kereta aku ade dua buah lagi
dan selepas crash je jalan terus jem..hurmm agak kelam kabut jugak aku sebab masing-masing keluar nak tahu kalu-kalu ada nyawa yang melayang kan..tapi ada seorang pakcik tu yang menaiki kereta kancil dikatakan dia tersadung kahadapan menyebabkan dia sedikit sesak nafas.
ini kereta kancil dan saga FL tak silap aku

semua tu bagi aku ada hikmah dan peringatan kepada aku iaitu merancang perjalanan pulang..jangan tergesa-gesa ketika memandu, jangan merayau ketika waktu maghrib..dan korang juga hati-hati juga ye..ambil iktibar dari cerita aku ini..kata orang lama-lama sediakan payung sebelum hujan.



Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net