March 12, 2013

24 perkara JANGAN dilakukan


Assalamualaikum b.t.w

Apa khabar reader dan follower blog fizizaidi. Suka saya untuk kongsikan kepada korang semua yang sudi membaca walaupun sepatah dua perkataan. Apa yang saya kongsikan pada entri melekat yang saya temui ini moga-moga boleh menyedarkan kita semua akan perbuatan kita yang terlena dengan belaian dunia yang sementara ini.
1.             Jangan selalu lewatkan solat. Ia tidak disukai Allah s.w.t

2.             Jangan ke bilik air tanpa alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar bersama sama najis dan mengotori    seluruh rumah.

3.             Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya membahayakan.

4.             Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak dibasuh.makruh dan mewarisi kepapaan.

5.             Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana pagi pagi  itu membuka pintu berkat).

6.             Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.nanti makanan yang dimakan dari muntah syaitan.

7.             Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut takut mati dalam perjalanan.

8.             Jangan  pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9.             Jangan biar mata liar dipejalanan. Nanti hati kita gelap diseliputi dosa.

10.         Jangan bergaul bebas di tempa kerja. Banyak buruk dari  baiknya.

11.         Jangan menanguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh dating bila bila masa.

12.         Jangan ego untuk minta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesame manusia kalau memang kita bersalah.

13.         Jangan mengumpat rakan taulan, nanti rosak silatulrrahim.

14.         Jangan lupa bergantung harap hanya kepada Allah dalam setiap kerja. Nanti sombong bila Berjaya dan kecewa bila gagal.
15.         Jangan bakhli untuk bersedakah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezki kita.

16.         Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17.         Jangan biasakan berbohong kerana ia ladah ciri- ciri munafik dan menghilangka kasih saying orang kepada kita.

18.         Jangan suka menganiaya atau haiwan kerana doa makhluk teranaiya cepat dimakbulkan Allah s.w.t

19.         Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat lebih utama, kekal selamanya. Carrilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20.         Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana di situlah tempat tinggan jin kafir dan syaitan.

21.         Jangan merokok dan memasang kemenyang kerana asap itu makanan jin.

22.         Jangan lupa baca BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah kerana dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23.         Jangan memakai tangkai kerana Allah tidak sempurnakan agama pemakainya ( dikhuatiri bergantung kepada tangkal, bukan kepada Allah).

24.         Jangan pertikai kenapa islam berkata JANGAN sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya Allah s.w.t lebih mengatahui.

Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net