February 28, 2013

Pembaca novel yang setia


Assalamualaikum b.t.w

Adakah korang suka membaca novel?..aku tahu kalau perempuan memang suka baca novel kan..tambah-tambah lagi novel bergenre cinta cintun nie,,tak kisah lah apa pun status korang kalau dah minat membaca memang tak lari dari novel kan..apa kata korang kenali sahabat kita yang telah aku interview baru-baru ini megenai tajuk entri aku kali ini..

Mula berminat membaca novel sejak berada dibangku persekolahan dan pertama kali membaca novel ketika berada di tingkatan empat membuatkan Aisyara Binti Mohd Zarir 23, terus berminat kepada novel yang dibaca kerana menyukai jalan cerita yang menyentuh hati. Novel pertama yang pernah dimiliki beliau berjudul “Setulus janji”.  “Apabila saya membaca novel tersebut  saya dapat menghayati dengan lebih mendalam watak-watak yang dimainkan di  dalam novel sebaliknya berbeza sekiranya apabila kita melihat jalan cerita dalam drama di tv” ujarnya.


Anak kelahiran Jerantut, Pahang ini tidak mempunyai banyak koleksi novel peribadi tetapi sekiranya terdapat novel-novel keluaran terbaru beliau lebih  mengemar untuk mendapatkanya dari kawan-kawan atau meminjamnya dari perpustakaan . “sekiranya saya mempunyai waktu yang terluang dan mengalami kebosanan saya mampu menghabiskan satu novel dalam satu hari” Ujarnya lagi.

Ditanya lagi mengenai novel-novel yang popular sekarang beliau menyatakan novel yang berjudul Setia Hujung Nyawa, Ombak Rindu, Sehangat Asmara dan Adam Dan Hawa membuktikan beliau sangat fanatik pada novel-novel cinta dan mengikuti perkembangan novel terkini dipasaran.

Berlainan pula cerita si gadis dari Batu pahat,johor. minat kepada membaca dan mengumpul novel dipupuk dari darjah enam setelah selesai peperiksaan.katanya selepas menduduki perperiksaan beliau mengambil peluang untuk mula berjinak-jinak dalam membaca dengan meminjam novel dari kawan-kawan dan sejak itu beliau mula jatuh hati pada novel.


‘Masa persekolahan dahulu untuk mendapatkan sebuah novel saya terpaksa membeli novel secara senyap-senyap tau dari pengatahuan ibu saya kalau tidak pasti ibu saya tidak kasi saya untuk membeli dan memiliki novel’. Ujarnaya sambil berceloteh.

Pelajar jurusan Bachelor of industrial design di universiti putra Malaysia ini sudah memiliki sekurang-kurangnya hampir 300 buah novel yang berbagai genre termasuk cinta. Minat yang mendalam membuatkan empunya nama Nurul fadilah Azwanie binti Afendi 23, atau lebih dikenali sebagai Dila tidak pernah lekang dalam membaca novel kesanyanganya walaupun berkali-kali membacanya.
koleksi novel dila
‘pada saya membaca lebih “feel” atau penghayatan daripada menontonnya dari drama yang diadaptasikan.banyak pengajaran yang saya dapat melalui pembacaan dan dari situ saya ikut belajar dan sangat-sangat puas’.ujarnya lagi.

Ditanya lagi mengenai novel yang pernah popular sepanjang pembacaannya, Dila menyatakan kalau dahulu novel yang popular yang pernah dibacanya Semanis Cinta oleh Anis Ayuni, kemudianya Bicara Hati oleh Dmya Hannalaw, Andai itu Takdirnya oleh Dr Siti Rosmizah dan sekarang semestinya Adam dan Hawa dan Setia Hujung Nyawa.novel yang dibaca seeloknya perlu menepati cita rasa pembaca dengan mengikut perkembangan semasa.



Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net