February 28, 2013

Boleh ke putar masa ke zaman kanak-kanak

Assalamualaikum b.t.w

Pernahkah korang berangan angan untuk kembali ke zaman kegemilangan a.k.a zaman kanak-kanak dahulu..Tentu seronok kalau kalau dapat putarkan balik masa dan masa tuh apa-apa kekurangan dan cacat cela tentu korang akan perbetulan..


kalau zaman aku dahulu permainan yang sangat popular dan selalu aku dengan kawan-kawan,sepupu sepapa jiran tetangga dan seangkatan dengannya akan bermain guli,getah,game pijak kaki'papsi kola',lawan pemadam,lawan mini kad, kumpul stika pokemon, lastik burung, main gasing,doktor2,cikgu2,mandi sungai,mandi laut dengan kawan, kotak beracun..ehh..malu lah pulak nak bagitahu semua..rasanya banyak lagi kot permainan dahulu yang aku rindu nak main sekarang nie..tapikan usia mengatasi segala-galanya..itu lah kan kalau dapat putar masa macam si HAHA nie..ok aku dah mengarut...


Aku tengok sekarang ini budak-budak sekarang dah tak layan sangat permainan sebegini..semua nak main game kat dalam handphon, tablet, laptod dan macam-macam gajet...semua duk terkurung kat dalam rumah je..tapi okey jugak keselamatan diaorang save sikit kan..daripada duk merayap..tapi rugi lah diaorang tak dapat merasa game tradisional buatan tempatan..

Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net