December 21, 2013

Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger ? By AkuPenghibur.com

Assalamualaikum

Entri ini adalah untuk segmen ‘kenapa aku menjadi blogger by Aku penghibur.

Aku mula menulis blog lewat tahun 2012 dan mula aktif seawal tahun2013,menulis blog bagai mengisi ruang kosong yang tersedia untuk aku bagi menyampai dan mengawal apa yang aku mahu dalam diri aku.. please fell itttt -_- huhuhu

Klik Banner
Macam yang pernah aku tulis sebelum ini mengenai Menulis kerana hobi,  kekadang aku merasa blog juga salah satu tanggunjawab yang diamanahkan untuk aku menyampaikan apa jua ilmu yang aku ada, tak kisahlah kalau ilmu itu bersifat peribadi sekalipun..mungkin ia berguna kepada orang  yang senasib atau memerlukannya.

Aku bersyukur menjadi salah seorang dari makhluk Allah yang bersifat ingin menulis dalam dunia maya..walaupun  ada yang  ‘felling annoying’ bila dapat tahu aku tulis blog! “ kau tulis blog fizi, tak sangka ada taman dalam hati”  sentap 10 tahun kau tak percaya aku ada blog!..please datang dan follow blog aku okey! Haha

dan..kenpa aku menjadi blogger? aku pemalu orangnya, memang poyo lah kalau aku mengaku aku nie blogger..hahah. paling tidak pun aku akan bercakap dihadapan cermin sesorang kat dalam bilik...sambil menjerit-jerit..Aku Blogger!! hahaha



terima kasih baca entri ini^^


December 12, 2013

Pelajar Yang Tiada Matlamat Hidup

Assalamualikum

Kalau sebelum ini aku ada melontarkan pendapat mengenai 5 perkara realiti seorang siswa/i dan Lelaki tidak perlu sambung belajar setahap setinggi tingginya.. dan kali ini aku nak kongsikan pendapat mengenai Pelajar yang tiada matlamat hidup.


tapi sebelom itu....siapa tahu lagu ini ??


Ring ding ding ding dingeringeding!.. gering ding ding ding dingeringeding! ..wa pa pa pa papa pow! wa pa pa pa papa pow!.. Hatee hatee hatee ho!.. Hatee hatee hatee ho!

“ what the fox say” ??  bagi yang sudah dengar rasanya tahu la kot ..kalau yang belum baik korang  klik <sini>  ..ianya mudah, lagu ini menceritakan bagaimana mereka  mencari-cari bunyi dari seekor musang..misteri katanya..dia meneka sehingga pelbagai bunyi binatang terhasil..sehinggakan habis lirik lagu pun masih tidak dapat tahu bunyi musang bagaimana. Sedih kan  -_-

Di sini aku nak sampaikan bahawa pelajar sekarang (sesetengah je lah) aku tidak maksudkan semua..mereka ini masih tercari-cari kenapa mereka belajar? Kenapa mereka menyambung belajar? Untuk apa mereka belajar? Mereka belajar kerana apa?

jujur aku cakap minda pelajar sekarang sangat genius sampaikan semua ilmu di pelajarinya. Campak saja mereka dimana-mana pasti mereka mampu menangkap ilmu yang dipelajari..hantar lah mereka pada aliran manana sekalipun pasti boleh diharungi, tetapi persoalan diatas masih membanyangi sebilangan dari mereka.


Aku harap korang faham maksud aku..aku yang buat nie pun pening..apatah lagi nak menaipnya..hehe


all the best to top 5 nominees " best personal blog"- korang boleh vote lagi rakan-rakan blogger yang bertanding!! di- www.blogrrr.my



terima kasih baca entri ini^^

December 3, 2013

Di Belengu Masalah Antara Abang/Akak/Adik Angkat Dengan Kekasih Hati

Assalamaualiakum

Salam rindu, salam sayang kepada kekawan blog, follower, commenter, silent reader dan semua lah.  Lama sangat dah tinggal blog pisican ini.. kata orang kalau sayang blog taip-taip kan..haha memandai je aku

Topic di kakikerja hari ini agak complicated..dan sometime boleh jadi gila kalau kita alami..mungki ada diantara kita sudah/sedang mengalami nya.

Couple week ago, aku di datangi oleh seorang classmate.. dan dia minta pendapat aku mengenai situasi yang sedang dilaluinya sekarang.. katanya dia ada masalah dengan abang angkat dengan ‘pakwe’ nya…okey soalan aku pada korang..

Apa yang perlu kita lakukan sekiranya kita dibelengu dengan masalah diantara abang/ kakak atau adik angkat dengan pasangan kekasih kita?

Jujur aku cakap, aku tidak pernah ‘ber’ akak angkat atau adik angkat atau apa saja..kalau ada pun aku fikir masak-masak sebelum menerima kehadiran mereka dalam hidup aku.. so aku tidak ada pengalaman yang drastik dan penuh emosi dengan akak/adik angkat.

Akan tetapi aku ada pendapat aku tersendiri mengenai apa yang sedang kawan aku laluinya sekarang. menerima abang, kakak atau adik angkat dalam kehidupan kita kekadang buat kita lebih dihargai dan disanyangi lebih dari pada adik beradik kandung sendiri. Maklum lah everything mereka care about. Baik masalah keluarga, kewangan, masalah dengan pelajaran, kawan-kawan dan semua.

Berangkat-angat ini ada kebaikan dan keburukan tersendiri..ini juga berkaitan bagaimana cara kita menguruskan social life kita.

So apa yang harus dibuat sekiranya berlaku masalah sebegini?

Lihat balik niat kita kenapa kita ‘ber’ abang, kakak atau adik angkat.. adakah kerana hidup kita sunyi?kurang kasih sayang? Mencari jodoh.. Maklum lah anak tunggal..mak ayah hari- hari kerja..adik tak der..

Nasihat mereka dengan cara baik sehingga mereka faham situasi yang sedang berlaku..haishh ‘pakwe’ mana tak cemburu kalau ‘awek’ kita bermanja-manja dengan  abang angkat walaupun status mereka sebagai abang atau adik angakt akan tetapi hubungan mereka tetap bukan muhrim dan tak elok dipandang kalau berdua-duaan.

Semasa korang ‘kapel’ tu..bagitahulah kepada pasangan korang bahawa korang ada abang, kakak atau adik angkat..nanti kalau terserempat kat luar korang makan angin ke shopping ke tak der lah timbul isu-isu rumah tak berapa nak ada tangga nie.

Si abang angkat pula kau dah tahu adik angkat awak tu dah ada orang sayang, kurang-kurang lah berjumpa, call bagai..faham-faham  je lah kan situasi mereka…orang tengah bercinta, kalu dicucuk sikit boleh pecah habis beb..

Kata orang rambut sama hitam, hati lain-lain..begitulah juga pendapat..tentunya kita ada pendapat tersendiri berkaitan dengan apa yang berlaku. Bagi mereka yang pernah laluinya pasti punya perpektif dan pandangan yang berbeza..kalau free share la sikit..mana tahu boleh membantu kawan-kawan kita yang sedang alaminya sekarang J



Terima kasih baca entri ini^^


November 12, 2013

Menulis Kerana Hobi

Assalamualaikum

Syukur Alhamduliah aku dapat kembali lagi..bila dah nak masuk pertengahan semesta nie macam-macam kerja, kuiz dan perbentangan yang harus di laksanakan.. student la kata kau..

Jujurnya aku lebih suka kalau berbicara satu topic dalam blog nie secara official.. skema typical..dan hakikatnya aku tidak skema seperti mana bahasa aku dalam blog.

Tetapi bila aku mula menulis dalam blog, aku dapat rasa bahasa kau makin baik..sebagai contoh lah kan kalau aku buat laporan, buat soalan dan apa saja berkaitan sastra dalam kerja-kerja yang diberikan oleh pensyarah, aku rasa lebih baik dari dulu..kekadang kau dapat kaitkan peribahasa dalam ayat-ayat skema aku..haha

Aku bersyukur sebab, aku punya minat untuk menulis selain melukis dan merempit ahah.


Terima kasih baca entri ini^^


November 9, 2013

Fakta Mengenai Anak Sulung

Assalamualaikum






korang mesti nak tahu juga kan sifat si anak sulung kan..boleh klik untuk baca entri sifat si anak sulung




sumber : Facebook


November 5, 2013

Cara Meningkatkan Semangat Anak Untuk Berjaya

Assalamualaikum

“ummi-ummi kalau adik dapat tempat pertama dalam kelas, ummi hadiahkan tablet ye”..

“Kak Ngah nak mama belikan tablet kan? Kalau macam tu kak Ngah kena janji dengan mama buat yang terbaik dalam peperiksaan akan datang”..

“Along!! Adik nak tuntut janji, ingat tak dulu along janji nak hadiahkan adik tablet kalau adik dapat 5A dalam UPSR?”..

image Google

Alhamdulliah, hari ini aku kelapangan untuk berkongsi satu topic yang mana aku rasa semua orang laluinya baik sebagai ibu bapa mahupun dalam kalangan adik beradik.

Serious aku cakap, awal tahun 2013 aku pernah berjanji pada adik aku yang bakal menduduki ujian peperisaan sekolah rendah  semata-mata nak lihat dia bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan mencapai sasaran yang Ummi dan Abah aku harapkan.

Masa tu aku main ‘petik’ je..asalkan dia bersemangat dan sanggup menyahut cabaran yang diberi..sapa tak nak kan bila dijanjikan satu-satu habuan untuk kerja keras yang berbaloi bagi mereka.

Tapi kan, berbaloikah kita yang berjanji untuk menghadiahkan sesuatu semata-mata untuk melihat mereka mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang..dan bagaimana pula mereka yang mengapai keputusan yang cemerlang hanya kerana sebuah gadget? atau apa saja ganjaran yang ditawarkan.

Bagi aku, ada kalanya perlu ini kerana dalam mencapai sesebuah perkara kita haruslah ada matlamat dan hala tuju, kiranya ada yang menawarkan ganjaran itu dikira pembakar semangat bagi kita untuk lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh.

Semestinya ibu bapa atau adik beradik akan merasakan pengorbanan dalam mencapai hajat dan cita-cita untuk lihat anak-anak atau adik mereka berjaya dan ia berbaloilah dengan perjanjian dahulu..atau pengorbanan mereka berbalas dengan keputusan yang cemerlang.

Alhamdulliah keputusan bagi ujian peperiksaan sekolah rendah bakal diketahuhi tidak lama lagi..mudah mudahan keputusan yang cemerlang diperoleh mereka, baik untuk adik aku mahu pun anak-anak kepada blogger, pembaca dan semuanya.



Terima kasih baca entri ini^^


November 2, 2013

Jangan Buat Troli Bagai Harta Sendiri, Kan Dah Kena Langgar

Assalamualaikum


Harr, apa cerita nie..? haha sebenarnya ini semua dari aplikasi Bitstrips yang terdapat di Facebook..aku tak pasti sama ada aplikasi ini dah lama wujud atau aku baru jumpa..

Back to dialog kat atas tu, aku teringatkan mengenai hasrat cik Akak untuk melancong ke Langkawi..at the same time, beberapa hari lepas aku ada story mengenai Troli..so ini lah jadinya bila paku bertemu ruas..huru hara jadinya..

so kat atas tu avatar aku yang aku edit mengikut pilihan yang diberi..haha jakun jap buat 'bende' nie..dan sedikit dialog mengenai aplikasi Bitstrips..selamat mencuba^^



p/s : cik Akak ini enri lawak santai je..fizi tak maksud kan apa-apa pun..just kebetulan jumpa avatar akak kat facebook..hehe


November 1, 2013

Maafkan Saya

Assalamualaikum

Alhamdulliah, salam jumaat..semoga penghulu hari, hari ini kita beroleh barakah dari kelebihan yang terdapat pada hari ini..insyaAllah

cuma nak ingatkan pada diri sendiri dan rakan-rakan blogger..insyaAllah pada hari selasa bersamaan 5 november sudah mula masuk bulan Muharram , bulan dimana catatan amal kita ditutup , diserahkan ke Allah S.W.T dan diganti dengan buku baru.

Sebelum catatan amal aku ditutup, aku ingin minta maaf kepada korang semua sepanjang kita berblog, jadi tolong maafkan okey!. 




salam jumaat^^  Terima kasih


October 31, 2013

Troli

Assalamualaikum

Selamat semua, syukur Alhamdulliah dengan segala kurniaan –Nya dan mudah mudahan kita semua sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang..amin..amin

Korang pernah pergi pasar raya? Tentulah kan.. korang pernah guna troli semasa memilih atau membeli barang? Some people mungkin kata ‘wajib guna troli’ ..mungkin ada yang kata’ I bawa bakul sendiri’..tapi untuk kuantiti barang yang banyak tentulah kita akan memilih troli sebagai pengakutan mengakut barang semasa berada di dalam pasar raya kan..

Pernah atau tidak selepas selesai membuat pembayaran kita akan mengakut barang yang dibeli dengan menggunakan troli sampai ke pakir kereta.. aku pernah! Sebab terlalu banyak barang dan berat apa salah nya kita menggunakan kemudahan tersebut untuk kepentingan kita kan..

Akan tetapi bila dah terlebih kepentingan untuk diri kita apa akan jadi?..

Bawak troli sampai depan pintu rumah aras 10..alasan?  rumah sebelah menyebelah dengan pasar raya..

Ikat troli pada motosikal lepas tu bawa balik drive sekali dengan troli..motif? barang banyak lah Odah ooi bagaimana nak bawa balik..

Tingglkan troli sejauh 500-1000 km dari pasar raya..maklumlah masa nak pakir tadi penuh terpaksa pakir jauh dari pasar raya..seberang jalan pula tu..

Tinggalkan troli sesuka hati…ini memenag nak cari pasal kot dengan mamat bangla yang menguruskan troli..

Sebagai pengguna kita haruslah mendidik diri kita agar tidak menyusahkan banyak pihak..memang betullah kita costumer always right tapi memada lah dengan sikap kita..kita orang melayu yang dididik dengan pelbagai adat dan budaya yang mencerminkan diri kita..bertoleransilah sikit kan..jangan main acuh tak acuh je..

Entri ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri..tidak menuduh kepada mana-mana pihak..sekadar teguran dan didikan bersama.. :-)




Terima kasih baca entri ini^^

October 30, 2013

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Assalamualaikum

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang kan, kan.. siapa sangka manusia mampu berubah dalam sekelip mata hanya kerana perubahan yang di inginkan atau atas sebab-sebab tertentu.



Syukur jikalau kita berhijrah kearah yang lebih baik..dan opcozz la semua orang nak berubah untuk perkara-perkara baik saja..tetapi bagaimana pula kalau penhijrahan kita itu membuatkan orang sekitar naik mual atau menyampah dengan perubahan diri kita?

bro..bro...wa nampak lu sekarang makin kurang asam..dulu lu bebaik je..cakap kemain sopan santun, jalan depan orang tua siap tunduk bagai..wa respet lu, bro..tapi lu sekarang agak kurang hajaq ekk..apasal ek?

ada sorang minah tu dahulu sebelum sambung belajar cukup comel dan sopan santun, tapi sesekali dia balik kampung pakaian dia kemain kecik..kalah adik-adik..comel sangat ke?..

And some kes tu..aku boleh ibaratkan "talam dua muka"..maksud aku apabila berada dikampung, kemain lagi manja ala-ala kampung girl / boy.. bila berjauhan dengan mak ayah lain pula ceritanya..kan..kan..

Dalam hal ini aku tidak tahu ini perubahan untuk menigkatkan keyakinan diri ke perubahan atas sebab "up to date"..perubahan atas sebab memang dah niat nak jadi begitu..perubahan atas sebab kejutan budaya..dan berbagai alasan lagi..

Tidak salah untuk berubah..tapi biarlah berubah itu membawa kebaikan untuk diri sendiri, keluarga serta masyarakat..malu Mak Pak hang ooi kat kampung kalau dapat tahu perangai kita begitu.


Terima kasih baca entri ini^^


October 24, 2013

No Privacy

Assalamualaikum

Lama tidak menjenguk blog..Alhamdulliah hari ini baru berkesempatan menerjah dan menaip entri..kekadang aku menulis nie pun bagai kaih pagi makan pagi, kaih malam makan malam..ada idea dikongsi..kalau tidak muhasabah diri je lah.

So, any news blogger?memang banyak aku ketinggalan..kalau tanya aku banyak benda yang berlaku dalam masa singkat ini..tapi biarlah ia berlalu tanpa perlu membebankan kepala otak aku nie..tapi ada perkara yang nak sangat aku kongsikan..nanti dah baca jangan cakap aku nie annoying pulak buat isu begini..sebab isu ini sangat subjektif okey! ..ini cerita benar..tidak ada yang salah melaikan yang benar-benar belaka..haha

Sekarang ini nak buang air besar pun dah tidak selesa, mana tidanya kebanyakan tandas awam atau tandas pejabat ( tapi aku specific kan pada tandas kat tempat aku belajar)..rekabentuk tandas sekarang asal boleh je kan..kekadang nak simpan hajat pun resah dan tidak tenteram jiwa.


Cuba korang tengok gambar tandas yang sempat aku tangkap..so yang ini kira boleh belah lagi lah kan..tapi still banyak masalah yang berlaku.

Keadaan lantai yang berair atau bertakung menyebabkan pantulan pada kedua-dua bahagian dalam tandas..ada faham kah? Maksudnya disini bila korang berdiri dalam salah satu tandas korang dapat tonton wayang free beb..bayangkan korang sedang syok-syok ‘melepas’ tiba-tiba ada manusia lain yang menggunakan tandas sebelah..jawabnya..kau tengok aku, aku tengok kau lah..haha

Apabila dah duduk sebelah menyebelah..opcoz lah macam-macam bunyi kedengaran kan..dan bau pun tidak ketinggalan juga ye haha..kalau dinding simen tu agak-agaknya bunyi tu boleh lagi ditapis kot..tapi bila dinding yang setebal 5-7 cm begitu..faham-faham je lah labu.

Kemuadian, boleh pula air dari tandas sebelah masuk ke tandas kita.. kes sebegini banyak berlaku sekarang..walaupun terdapat lubang saluran air atau pengering lantai tapi sikap manusia yang acuh tak acuh nie buat kes-kes begini wujud.

Pernah atau tidak korang masuk tandas awam terutamanya dengan bumbung yang terbuka luas..ish-ish ini lagi berjaga-jaga nak berak kan..mata duk pandang atas je..haha

Dalam hal-hal begini tetap ada kelebihan dan kekurangan tersendiri, apa pun aku tetap bersyukur sebab dapat jumpa tandas di saat aku memerlukan.. J


Terima kasih baca entri ini^^



October 17, 2013

Lelaki Dan Keinginanya

Assalamualaikum

Alhamdulliah selesai sudah menjalani ibadah korban..sekarang masa untuk siapkan ‘kerja sekolah’ yang bertimbun tu..semua nak kena hantar selepas habis cuti raya..pandai cikgu bagi kerja sekolah banyak-banyak..saje lah tu kasi kita kusut masai..haha

Tak payah cakap banyak jom kita sambung baca mengenai tajuk entri ini.. Lelaki dan keinginanya.. sebenarnya selain hobi, minat dan cita-cita ada perkara lain yang kekadang tidak ramai kaum adam show off dengan apa yang diinginkanya kerana nak cover macho.

Lelaki bila berbicara mengenai wanita boleh dikatakan bagai mengupas kulit bawang..makin banyak layer makin dikupasnya.. opss! tak mo lebih-lebih haha

Bila mereka sedang lawan pes sila jangan larang atau paksa mereka berhenti..nanti kena maki !!..hodoh betol pengaruh permainan sekarang.

Jangan ajak mereka keluar ke tempat yang semuanya dipenuhi kaum hawa..nanti pipi mereka gloomy..hehe segan weh bila tempat itu penuh dengan bunga-bunga hidup.

Jangan bawa lelaki atau teman anda secara tiba-tiba berjumpa dengan kedua ibubapa anda..nanti mereka segan tahap gabang..motifnya lelaki perlukan masa juga untuk cool and chill dan feeling macho bila berhadapan dengan bakal mertua.

Kekadang kaum adam ini sanggup berjaga lewat malam semata-mata untuk download movie terkini..haha bukan layan perlawanan bola sepak aje..movie punya pasal pun boleh jadi.. haishh..

Jangan selalu sangat ajak lelaki atau teman lelaki anda keluar shopping.. perlu tahu tidak semua lelaki berduit…tapi beruntung lah korang sebab walau ‘papa’ bagaimana pun teman lelaki anda mereka tetap bayarkan apa yang anda minta..macho kan

apa nak jadi dengan lelaki2 ini
Ingatlah wanita buruk-buruk lelaki mereka tidak akan pandang wanita yang buruk macam dirinya…mereka tidak kisah dirinya comot asalkan orang yang disanyangi kelihatan cantik, pembersih, bijak dan mancik gitu (keibuan).

Rasanya cukup untuk entri hari ini, kan tulis panjang-panjang naik mual pulak kan nak baca..terpaksa skip skip bacaan..diharap apa yang aku sampaikan hari ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan kaum hawa diluar sana serba sedikit mengenai perihal lelaki yang perlu anda ‘take note’..




Terima kasih baca entri ini^^

October 14, 2013

I'm not Mr Arrogant

Assalamualaikum


haa, tajuk kemain gah!..sebenarnya entri ini ibarat indah khabar dari rupa atau lebih sentap lagi indah tajuk dari isi..tidak ada pengisian bermakna just nak manipulated reader^^ nampakkan permainan aku


i'm just wanna say Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha to all muslimin and peace yo^





selamat berpuasa bagi yang puasa sunat^^

October 12, 2013

Buli

Assalamualaikum

Blogwalking..Alhamdulliah hari ini aku diberi kesempatan untuk singgah dan baca entri rakan-rakan blogger dan sebelum itu aku ingin merakamkan rasa syukur dan Terima kasih kepada-Nya kerana mempermudahkan jalan bagi aku dalam segala urusan.

kredit google
Hari ini aku ada topic yang biasa berlaku kepada diri seorang pelajar dan mungkin juga berlaku kepada pekerja baru. BULI..siapa diantara kita yang pernah dibuli? atau juga pernah membuli? Sila mengaku okey!. Haha

Tapi sebelum itu..kenapa harus ada sikap buli membuli ye…perlu ke?..penting ke?..harr bagi aku perlu dan tidak..tapi kenapa? Sebabnya buli ada dua situasi..pertama buli untuk mengeratkan hubungan silatulrahim dan keduanya buli kerana dendam, khianat, benci dan sebagainya.

Buli untuk mengeratkan hubungan silatulrahim.. kadang –kadang ini berlaku hanya sekadar gurauan..hanya untuk mengenali antara satu sama lain (sekadar untuk menguji kesabaran) dan ia nya banyak berlaku ditempat-tempat terbuka dan ditontoni orang lain.

Di Universiti terutamanya, perwakilan pelajar  atau senior mungkin akan membuat beberapa aktiviti buli membuli, ini penting sebenarnya untuk pelajar baru mendisiplinkan diri mereka dengan persekitaran baru dan juga mengenali abang2 dan akak2  dyeorang abang-abang la sangat kan haha.. jangan takut ye adik-adik yang bakal memasuki mana-mana tempat pengajian.

Bagi mangsa ia nya mungkin akan timbul rasa malu  dan geram yang amat kan..tetapi rasa itu hanya sementara saja..jangan risau ye..dan jangan pula trauma ye hehe..disebalik perkara ini mangsa akan mendapat banyak kelebihan antaranya hubungan boleh jadi akrab..ada satu kes tu siap dah jadi bff sekarang.. antaranya lainnya, kiranya junior perlukan nasihat atau pandang mengenai subjak yang diambil boleh lah bertanyakan kepada senior mereka. fair and lovely gitu^^

Buli kerana dendam , khianat dan sebagainya..yang ini aku sendiri tidak setuju lah..ada ke yang setuju?..(buat muka sikit..err) tambah-tambah lagi bila membabitkan kecederaan fizikal, kematian dan sebagainya..selalunya perlakuan sebegini berlaku dikawasan yang tertutup dan jauh dari pandangan dan pengatahuan orang lain. jangan sampai terserempat dengan aku suda..kalau tak aku tembak ! 

Maaf kiranya pendapat aku bercangah dengan pendapat anda..kata orang rambut sama hitam, tapi hati lain-lain..begitulah juga dengan aku..aku tulis berdasarkan pengalaman aku dibuli dan membuli haha..kejam kan !.

p/s: semalam chating dengan Cik Akak, katanya kesihatanya makin pulih.. Alhamdulliah..harap hari ini lebih baik dari semalam ye kak^^


Terima Kasih baca entri siput ini^^

October 11, 2013

Google Malaysia Stamped by Pakistani Leets ?

Assalamualaikum

Apa yang sedang berlaku pada google malaysia?  


October 9, 2013

Wordless Wednesday - Aku Mungkin Sibuk Tapi...

Assalamualaikum


(^___^)*

October 7, 2013

Segmen 'Kami Kembar Kami Geng'

Assalamualaikum


<silakan join>

tajuk segmen nie ' kami kembar kami geng'..tidak bermakna aku ada kembar..haha tak tahu lah macam mana aku nak berdepan dengan kembar aku ( ibarat tengok diri sendiri bila ada kembar seiras pula kan  ) TAPI kita boleh jadi geng !! geng kampung pun boleh^^

nie lah satu-satu segmen yang minta tarikh lahir..kenapa? nak bagi hadiah ke?  nak kasi ucapan ke?  banyak tanya pulak kan...aku sebenrnya dah tua^^ lahir pada April 1990 an..tapi still anggap diri ini  seperti kanak-kanak riang haha^^



October 5, 2013

5 Perkara Realiti Seorang Siswa/wi

Assalamualaikum

Sepanjang pengalaman aku bergelar mahasisiwa, banyak perkara yang aku pelajari dari sudut rohani, jasmani, intelektual, pratikal dan berbagai sudut positif dan ada juga negatif.

kredit google
Dunia siswa/wi bagi aku banyak kelainan dari aspek persekitaran, pemikiran, pergaulan, rutin harian dan juga tingkahlaku ( lebih kepada sifat peribadi lah) ini belum lagi  aspek  insahiah dan sebagainya.

Bergantung kepada gaya institusi..ada yang lebih kepada islamaic condition atau sosial..dan dalam berbezaan itu terdapat perkara yang boleh dikatakan ‘satu kepala’..atau juga hakikat seorang siswa/wi..macam mana tu?

Tengah nyeyak tidur pepagi hari, tiba-tiba dapat massage dari ketua kelas.. “harap maklum kelas prof. sekian-sekian dibatalkan…sebab sekian-sekain..”  Yeah!!...yahooo…atau sambung tidur zzZZzz..ini lah  moment paling indah buat pelajar kaki ponteng dan malas..dan yang paling bestnya ada yang ucap syukur Alhamdulliah.

Perbentangan..sesetengah pelajar suka mengamalkan amalan post-pone ..A  bertanya… “wei, korang slide show  encik sekian-sekian bila nak buat doew” ... B jawab… “relek arr beb, perbentangan tu kan lambat lagi..senang je beb nanti hujung-hujung kita buat lah” .. A jawab lagi.. “ betul juga”.. A+B dua-dua ting tong.. selalunya inilah yang berlaku bila salah seorang dari ahli kumpulan kaki tangguh menangguh..

Tetapi..jangan pandang orang yang kuat tangguh nie tidak buat lansung kerja-kerja yang diberi..percayalah ada setengah itu hasil perbentangan lebih baik dari pada mereka yang buat seawal mungkin. ( me talking about myself  hehe^^)

Tiba masa keputusan peperiksaan keluar, masa tuh jantung berdebar-debar bagai nak terkeluar jantung..punya cuak kalau-kalau keputusan corot..malu la beb aku..huhu

Situasi pertama, massage kekawan.. “ salam weh, ko dah tahu ke keputusan exam kuar hari nie? ko dapat berapa pointer? DL tak? J..”..kawan balas.. “ salam, dah chek tadi, sikit je 3  sekian-sekian”.. ( sikit ko cakap gitu ) dalam hati menyirap je kan .haha…

Situasi kedua, buat status pada mukaBuku.. “ syukur Alhamdulliah, merasa juga kali nie”… “ untung lah dekan lagi sem nie”.. “ siapa yang DL tu cer Like sekali..nak tahu gak”..dan berbagai status..dan yang duk stalk tu pulak baca semua komen-komen berbalas.. kot-kot dapat sikit info, mana tahu..ahakss

Percaya atau tidak tandas sebagai tempat pertemuan sementara..maklum saja, tandas  merupakan tempat pelajar membasuh pakaian, mandi, buang air keci/ besar, berdandan ( kat dalam tandas ada cermin besar punya).

Pada masa yang sama tandas harus di kongsi bersama-sama penghuni yang lain..tengah memberus gigi..budak rumah tanya.. “ada kelas ke lepas ini?.. atau “sibuk sekarang bro.. banyak sangat kerja ke?...atau “akak ada movie korea tak?”…tekejut akak tu, dia baru suda buang air besar, ko boleh tanya pasal movie…sebenarnya adik tu dari tadi tunggu punya la lama akak tu ‘simpan harta’..hihi

Tengok!  punya sibuk pelajar sekarang, sampaikan tinggal satu hostel pun tidak sempat berbual-bual..balik kelas aje, masuk rumah…pergi bilik, kunci senyap..keluar waktu nak makan, mandi dan keluar ke kelas balik..ahakss

Hakikat ‘orang kaya baru’..selalunya pinjaman pendidikan akan masuk di awal semesta, apa yang terbayang dalam kepala pelajar masa itu adalah..hand phone baru!, kasut baju baru!, beli hard disk satu tera! (maklumlah nak copy drama korea yang bermega-mega tue ) dan .. McD, atuk merah (KFC ),domino dan pizza tak kan terlepas dari list belanjawan awal semesta..ini belum masuk lagi wayang, boling, trip bagai..

“ wei hujung minggu nie jom wayang..karok ke..shopping ok gak..”… lepas tu tengah-tengah jalan bagai, lapar pulak kan perut nie.. “wei korang tak lapar ke..jom McD”..

Student always right apa yang dilakukan..sebab pemikiran telah dipengaruhi oleh kawan-kawan yang berbagai jenis ragam..mahu atau tidak inilah kehidupan pelajar yang harus diterima dalam mencapai cita-cita mereka.

Dalam perjalan kita untuk mencapai apa yang dikendaki, pasti ada cabang yang akan memesongkan kita terutama pelajar. Jadi gunakanlah akal fikiran untuk membentuk sebuah kehidupan yang  bererti dan memberi manfaat pada masa akan datang.


Terima kasih baca entri ini^^


October 2, 2013

Wordless Wednesday- Laa..Bukan Susah Pun Nak Solat

Assalamualaikum


jangan tinggal solat tau^^ (angguk-angguk)
comel je korang :)


September 30, 2013

Wanita Versus Masak

Assalamualaikum

Wanita versus masak..topik yang sangat menarik untuk di bincangkan sesuai dengan arus perubahan yang sedang berlaku di nagara kita khususnya.

Wanita sekarang pengerak kemajuan Negara dan jangan dilupa ia juga merupakan pengerak dalam sesebuah institusi rumahtangga.

image google
Orang dahulu sangat menitik beratkan perkara-perkara yang boleh menjaga keharmonian rumahtangga.. ibu terutamanya, mereka sangat menjaga skill yang mereka ada untuk memikat si suami..betul tak? Dan salah satu cara untuk memikat si suami adalah dengan menyediakan hidangan dari air tangan isteri tercinta.

Tetapi sayangnya (sesetengah aje lah, tidak semua ye)..wanita sekarang kurang rajin untuk masuk ke dapur..kenapa ek? Sampaikan ada yang bangga dengan diri dia tidak pandai memasak..siap mendabit dada lagi..

Kata mereka… ‘i tak suka  siang ikan, lah bro..nanti habis lah melekat bau hanyir kat tangan I’.. jawab aku.. ‘hang ingat bau hanyer tu boleh melekat kat tangan hang sampai sudah ka’..

Kata mereka... ‘balak gua tak kasi gua masak memasak bro untung gua bro’.. sambil mengaru hudung.. jawab aku .. ‘untung la balak lu hati kering tapau je lah masa depan korang nanti ye’..

Kata mereka.. ‘mak I da tak kisah I tak tolong masak pun..hihi..’ jawab aku..A’ah mak hang memang tak kisah sebab dah berbuaih mulut dia suh hang tolong dia masak memasak…hang tu je pemalas..mak hang turun masak..hang masuk bilik, kunci baca novel Adam Hawa tak pun weChat dengan balak hang..tak pun layan Running Man sesorang..

kata mereka… ‘eeUuu..masak..choiii sangat..baik I tumpukan kat cita-cita I dulu’.. jawab aku.. ‘hey pempuan...masak nie tak perlu nak tumpu menumpu sangat…just masak..tak jadi tak per asal ko masak kan’.. practice make perfect

kata mereka.. ‘masih banyak masa lagi saya nak belajar masak dengan mak saya, bila dah sampi seru saya turun dapur k’.. jawab aku.. ‘elok lah nanti dah sampai seru nyawa mak awak tu..baru nyesal tak copy cara masakan’.. rugi-rugi

kata mereka.. ‘belajar masak senang je bro, tengok kat Tb sudah boleh ikut..tengok 5rencah, 5rasa..lima rencah je bro..dapat lima rasa tu’.. jawab aku.. ‘hotak berjambul hang..ingat lima rencah tu mampu hasil lima jenis masakan?..dia dah tambah-tambah bahan lain lah nak dapat menu berbagai..haiyaa’.. mengelegak perut mak hang lahir kan hang


harap jangan ada yang berkecil hati..entri ini sekadar teguran manja-manja..mana yang baik kita kongsi-kongsikan..apa pun tepuk dada, tanya selera..sampai bila kita mahu mula berubah sebab, ilmu tidak akan datang kepada kita melainkan kita sendiri yang berusaha untuk perbaharui diri kita.

September 29, 2013

Tutorial Pasang Design Sendiri Pada Baju

Assalamualaikum

Syukur Alhamdulliah urusan aku dipermudahkan dan juga masih diberi kesempatan untuk menaip tika diri ini sibuk dengan pelbagai urusan..semoga dipermudahkan segalanya…insya-Allah

Hari ini entri aku mengenai cara pasang design sendiri pada baju…sebelum ini aku ada baca entri di blog brother Phoenix mengenai masalah print gambar pada baju..so kebetulan aku terjumpa produk ini di kedai peralatan Computer dan Print.

So..ini sekadar sharing is caring dari aku kepada anda yang berminat untuk print gambar pada baju lah.. aku cadangkan anda gunakan produk dari SAINTPiX..produk ini sangat mudah untuk digunakan..selain tidak membuang duit untuk tempahan (if u pergi order dekat kedai ) insya-Allah masa anda juga tidak terbuang untuk pergi order, menunggu dan terus menunggu..

Untuk membuktikanya.. aku sendiri sudah mencuba dengan design aku sendiri..boleh guna printer biasa  anda untuk print apa  pun design yang ada dalam kepala sekarang.



produk dengan saiz A4 ini di datangkan dengan dua jenis iaitu Light dan Dark Colour T -shirt Transfer  Paper..dan sebagai contoh kepada anda, aku menggunkan Light Colour T -shirt Transfer  Paper..ini percubaan pertama aku..


Gambar bahagian atas ini sudah di cetak dan dipotong mengikut citarasa..kalau tak nak potong pun boleh.


Aiikk,..Boleh pulak kan main tukar-tukar nama..lepas pada itu anda haruslah strika..kalau risau baju rosak, alas dengan kain sapu atau apa-apa kain..than tunggu seketika dan baru tanggalkan..siap!

Rasanya ini cukup membantu anda yang mungkin tercari-cari idea yang lebih mudah untuk lekatkan design sendiri pada baju dengan kos yang sangat murah dan menjimatkan masa. Anda tidak perlu risau dengan cara penggunaan selain cara yang telah aku tunjukan pada set paper SAINTPiX ini sendiri telah menyediakan cara pengguaan nya.


Untuk sebarang maklumat mengenai produk inianda boleh lah berkunjung ke alamat ini www.saintink.com atau juga ke laman mukaBuku ­­­­­­ @Saintink for more advertiser detail



September 28, 2013

Awesome Giveaway by Tasha Aqisha

Assalamualaikum

hi, selamat tengah hari..dua hari lepas aku ada dapat jemputan sertai segmen..rajin betul saudari Tasha Aqisha (sedap nama ) buat jemput dari blog ke blog kan..seperti jemputan kawen pulak kan..


tengok lah banner, cantik kan, matching je dengan maju dan tudung hihi^^
kat bawah pula banner segmen Tasha Aqisha..


<klik banner untuk join ye uolls>

salah satu syarat dari segmen ini ialah :

 Pilih Salah satu entri anda yang Awesome 
tajuk bebas(isu semasa, Ragam, Cinta, persahabatan dll) dan letak link di dalam entri tersebut

dan salah satu entri aku yang memberikan banyak insprasi kepada aku setelah aku melihat komen yang ditinggalkan oleh takan-rakan blogger ialah apa yang di inginkan oleh anak-anak dari ibu bapa dan apa yang di inginkan oleh anak-nak dari ibu bapa#2

syukur Alhamdulliah banyak komen-komen positive dan teguran yang membina diterima dari mereka.Terima kasih.

September 27, 2013

Rasa Diri Tidak Berteman? Bagaimana Hendak Atasinya

Assalamualaikum

Apa rasanya bila ditinggalkan atau dipulaukan oleh kawan-kawan..bila perkara ini berlaku apa tindakan kita untuk mengelak dari terus rasa disisih oleh kawan kita?..dalam hati ketika itu ‘teruk sangatkah aku?’ ‘apa salah aku sampai tidak ada yang sudi berkawan dengan aku’  ‘ada yang tidak kena kah pada diri aku’..

Cuba fikirkan kenapa perkara ini berlaku? Salah kita atau salah orang si pelaku.



Semalam aku menerima satu post dari mukaBuku, mengenai status kawan aku yang meluahkan rasa kekecewaan dan kesedihan yang dilaluinya sekarang, memang benar apa yang ditulis oleh nya..nampak dirinya keseorangan dan terbawa-bawa diri sendiri semasa dalam kelas.

Seperti yang ditulis dalam gambar tersebut, pendapat aku lah kan hidup kita ini ada susah senang nya..ada kalanya kita senang dan bahagia disamping kawan-kawan yang dianggap rapat dan boleh berkongsi pelbagai cerita..dan ada kalanya kita akan berduka dengan persahabatan yang dijalin.

Tidak ada siapa yang menduga suatu hari nanti persahabatan yang dianggap bagai aur dengan tebing boleh musnah..dan pada masa itu berfikiran positif lah untuk mengelak dari diri kita berfikir bukan-bukan akan apa yang berlaku.

Pernah atau tidak kita berfikir untuk betulkan apa yang berlaku? Bila perkara begini berlaku kekadang kita merasa diri kita tidak bersalah..tapi sebaliknya bagi mereka kan?

Apa yang boleh dilakukan untuk meletakan diri kita kepada kelompok yang dianggap mempunyai ‘populariti’ (mereka yang lebih menonjol dengan sokongan kawan-kawan) atau sekadar berdiam diri tanpa kelibat.

Cuba bentukkan kembali hubungan dengan membuat perbincang kumpulan..(pelajar boleh pratikakan).

Belanja minum dekat kedai mamak..sambil-sambil tu wujudkan kembali mood ketika kita bergelar BFF.

Kawal bahasa dari menyinggunkan perasaan orang lain.

Kalau semasa bergelar BFF dulu perangai kita gilos2..apa kata kita tunjukkan balik..sebab bila kita berubah secara drastic kawan kita akan perasan dan mesti dia akan cakap… ‘asal perangai dia camtu..cover ayu ke?.. tak suka lah aku’.. lagilah mereka rasa nak berjauhan dengan kita kan?.

Kalau dulu kita disisih kerana bau badan yang tidak menyenangkan..sedarlah beb mungkin ‘kety’ kau tu salah satu punca nya.

Ada sesetengah makhluk nie suka kan perubahan dari segi rohani dan jasmani..apa kata kita berubah kearah itu juga..untung-untung pahala yang dapat selain kawan.

Tidak pun cuba talk to your hand…apa kekurangan aku, mana silap aku dan sebaginya.


Semoga apa yang dibincangkan ini memberi sedikit sebanyak maanfaat kepada kita dan juga diri aku..kalau sekarang kita keseorangan siapa tahu esok lusa ada yang sudi menjadi teman BFF. Buang ketepi masalah yang lalu..mula kan hidup baru, mindset baru, perbaharui confident level, ubah gaya bahasa yang baru dan sebaginya yang dirasa boleh menarik orang bersama kita..untung-untung lagi dapat teman tapi mesra acecece..good luck^^


terima kasih baca entri ini^^




September 26, 2013

3000 SLE Supporters Giveaway


Assalamualaikum

jom support segmen dari blogger Dayang Deno^^


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5

3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, CikkMira

Tamat 24 Oct 2013, 12malam

September 25, 2013

Apa Yang Di Inginkan Oleh Anak-Anak Dari Ibu Bapa Mereka #2

Assalamualaikum

Syukur Alhamdulliah..kita dipertemu lagi hari ini walau hanya wujud dalam alam maya..walaupun hanya bertemu di dalam dunia maya hubungan kita bagaikan adik beradik serta anak beranak..mudah mudahan hubungan ini terus kekal utuh selamanya.

google
Entri aku pada hari ini merupakan kesinambungan dari tajuk entri apa yang diinginkan oleh anak-anak dari ibu bapa mereka #1. Banyak feedback dari rakan-rakan blogger mengenai entri aku yang lepas..terima kasih sangasangat  dan kali ini aku akan kongsikan beberapa perkara lagi yang diinginkan oleh anak-anak dari kedua ibu bapa mereka.

Kalau nak ceritakan , banyak perkara yang diiginkan oleh anak-anak..tetapi aku hanya menyenaraikan beberapa perkara sahaja agak entri aku tidak kelihatan menjejer, biarlah ianya bersambung asal tidak menbosankan pembaca.

Sebagai anak tentulah aku mahu merasakan masakan dari air tangan ummi aku sendiri..kalau hari-hari beli dan makan makanan segera, masakan mamak ke, warung ke maka  tidak merasalah  anak-anak air tangan dari ibu mereka…jadinya ilmu masakan tidak dapat diturunkan dari generasi ke genarasi mugkin juga suatu hari nanti pasti ayat ini tidak terungkap dibibir mereka ..

‘wah sedapnya masak lemak ini..sama dengan masakan ibu aku..rindu pulak rasanya nak merasa masakan ibu aku’…

Kadang-kadang sering kali aku inginkan perhatian dari ummi serta abah aku…ini penting untuk aku rasa dilindungi, disanyangi dan dianggap wujud dalam keluarga..sebenarnya jika ibu bapa hadirkan diri dalam diri anak-anak dan beri perhatian sepenuhnya insyaAllah anak-anak tidak akan memberontak dengan kata-kata ibu bapa.

Bimbingan dari dari kedua ibu bapa juga diperlukan oleh anak-anak..kadang-kadang kesibukan kerja membataskan ibu bapa untuk memantau dan membimbing anak-anak di dalam aktiviti persekolahan, akidah dan akhlak anak-anak dan dengan siapa mereka berkawan..

Aku ada terbaca sebuah buku yang mengatakan bahawa umur anak-anak dalam lingkungan 14 hingga 20 tahun sangat mudah untuk dipengaruhi oleh kawan-kawan..dan masa itulah yang terbaik untuk membimbing anak-anak.

Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada ibu bapa untuk mengatahuhi apa yang diinginkan dari anak-anak..sebab tidak semua anak-anak anak meluahkan apa yang diinginkan oleh mereka..jesturu itu ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memahami keinginan anak-anak.


Terima kasih baca entri ini^^


Iklan Berhantu Cik Akak Boleh Berjankit

Assalamualaikum

pagi-pagi aku sudah mengeluarkan entri..apasal kan^^tetiba aje..tentulah ada sesuatu yang ingin dikongsikan bersama teman blogger..

malam tadi aku baca entri dari +Mama dan +Cik Akak mengenai iklan Nuffnang..jelez diri ini baca entri dari mereka..hebat..selang dua hari sekali dapat iklan CPUV dari nuff...+Cik Akak pula hari-hari dapat..sebelum ini ada baca entri dari +Kak Yumida mengenai tip untuk dapatkan iklan dari Miss Nuff nie..baca,tapi tidak pula cuba hantar tiket ( kata cik Akak lah ) dengan soalan 'bahasa melayu' darjah tiga hik3..

Alhamdulliah malam itu juga aku periksa Miss Nuff dan tidak disangka-sangka dapat juga aku merasa iklan dari Miss Nuff tu..cuma aku tak perasan pula bila iklan tu keluar.."tak kan berhantu juga iklan fizi cik akak ooii" 


walaupun ciput hasinya aku tetap suka dan bersyukur sabab mereka sudi juga bagi aku merasa kehadiran iklan tu




September 23, 2013

SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat blogger semua. Kali ini Zam ingin menjemput anda untuk menyertai SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE dan di dalam masa yang sama anda juga berpeluang MEMENANGI SATU HADIAH MISTERI dari Zam! Insya Allah segmen ini mampu memberikan manfaat kepada setiap blog yang mengambil bahagian :)

Zam akan memasukkan blog peserta ke dalam bloglist khas Zam di sepanjang bulan Oktober, & di penghujung bulan Zam akan memilih salah seorang peserta untuk menerima sebuah hadiah misteri dengan menggunakan Random.Org.

Segmen ini akan berlangsung mulai 23 September sehingga 27 September (11.59pm).

Syarat-syaratnya:
  1. Masukkan blog ZAMANI ABE ke dalam bloglist di blog anda (Penting).
  2. FOLLOW blog ZAMANI ABE.
  3. LIKE Page Abe Za In Da Blog Di FACEBOOK .
  4. Sediakan entri dengan tajuk SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!  
  5. Copy kod di yang disediakan, paste kan di HTML entri anda, dan publish.
  6. Hantarkan link penyertaan anda di ruangan komen entri ini :)

  7. (kredit idea hasilkan segmen mudah dan pantas ini kepada Mialiana.Com)

September 22, 2013

Senarai Pemenang Segmen Giveaway fizizaidi With Blogger Awesome!

Assalamualaikum

 Senarai pemenang Giveaways fizizaidi bersama blogger awesome! | Alhamdulliah seramai 105 blogger yang sudi menyertai segmen  GA fizi…maka dengan ini disenaraikan pemenang  bagi segmen GA mengikut kategori hadiah



Jersey  (3 pemenang) oleh fizizaidi




Nama penuh :
Alamat surat menyurat :
URL Blog :
Nama yang bakal ditampal pada jersey : (ect; fizi)

Kepada pemenang  jersey sila PM  maklumat berikut ke sini

September 21, 2013

Apa Yang Di inginkan Oleh Anak-Anak Dari Ibu Bapa #1

Assalamuaaikum

Salam sabtu...syukur Alhamdulliah kita diizinkan oleh-Nya berblogging lagi dan menerjah antara satu sama lain..pupuklah semangat kasih sayang sesame blogger.

google image
Entri aku hari ini membincangkan apa yang di inginkan oleh anak-anak dari ibu bapa mereka.. ini sedikit sebanyak dirujuk dari pengalaman aku sendiri sebagai anak kepada kedua ibu bapa kesanyangan aku..

Semestinya anak-anak mahukan yang terbaik dari kedua ibu bapa mereka..sesuatu yang boleh dijadikan penambat semangat untuk anak-anak berjaya dan mempelopori bidang atau perkara yang dikehendaki.

Sebagai contoh, untuk aku terus berjaya dan mengapai cita-cita aku..aku perlukan dorongan dan semangat dari kedua ibu bapa aku..tidak hanya mengeluarkan wang perbelanjaan harian..tetapi juga aura dari kedua ibu bapa aku.

Perlu juga bagi aku ruang dan peluang untuk membina hasrat dan cita-cita yang mengunung..ye lah setelah di push dan di dorong dengan kata-kata semangat ..aku perlukan sedikit ruang untuk berjaya  dan kiranya gagal..aku perlukan peluang  kedua atau altanatif lain untuk memperbaiki kegagalan dari kedua ibu bapa aku.

Setelah kejayaan di capai..tentulah aku mahu diri aku dibanggakan..seperti ucapan ‘tahniah!’.. ‘bagus anak ummi abah’..'pandailah anak mama buat nie'...dan sebagainya..ini mampu mengalakan serta mendorong semangat anak-anak.

dan juga institusi kekeluargaan juga harus dijaga..ini penting bagi memastikan anak-anak tidak tercicir dari pelajaran..Alhamdulliah kebahagian keluarga aku masih utuh walau banyak dugaan yang perlu ditempuh..semestinya anak- anak akak abang semua mahukan yang terbaik dari akak dan abang..mereka perlukan anda untuk berjaya…maksud aku disini jahuhi dari penceraian..sebab anak-anak yang menjadi mangsa.

Sebagai anak, aku juga tidak mahu dikonkong  dan didesak..cuba minta anak-anak anda buat sesuatu dengan desak anda lihat apa jadi...seeloknya biarlah mereka buat perkara dengan kerelaan serta kemanpuan diri…perhatikan apa yang disukai mereka dan galakkan serta beri dorongan kepada mereka..insyaAllah berjaya.

Semestinya restu dari ibu bapa dalam melakukan semua perkara  termasuk pekerjaan dan pilihan pasangan… aku mengharapkan doa yang tidak pernah putus dari kedua ummi dan abah aku…sebabnya berkat doa dari mereka perlu bagi anak-anaknya berjaya dalam pilihan sendiri.

Dan juga perlu bagi ibu bapa mengatahuhi bahawa anak-anak mereka menyanyangi mereka..aku jenis anak yang tidak suka menunjuk-nunjuk yang aku sayang kepada mereka seperti bermanja-manja, peluk cium setiap hari tetapi cukup lah dengan hanya melihat wajah mereka, bercakap lemah lembut,  ringan kan beban, berdoa untuk mereka dan sebagainya..seperti sekarang aku tidak tinggal bersama mereka maka sekiranya aku merindui mereka aku berdoa atau menelefon..cukuplah sekadar mendengar suara yang insan membesarkan aku sebagai pengubat rindu.

Anda sebagai ibu bapa pasti mahukan yang terbaik dari insan yang disanyangi kan..corak lah anak-anak dengan karya anda..bentuklah peribadi yang mulia agar ia menjadi insan yang berjaya dan berguna suatu hari kelak..insyaAllah


terima kasih baca entri ini^^


Artikal terkini dari Babab.net